Berdasarkan tugasan kumpulan yang diberikan
oleh Ms.Rosmaliah Binti Jamain, kami seramai 7-8 orang dalam kumpulan diminta
untuk membuat SATU Pengajaran meggunakan Pendekatan
berasaskan Projek bersama dengan kanak-kanak berumur 6 Tahun. Kami juga
dikehendaki untuk menyediakan SATU LAPORAN dalam
bentuk BLOG bagi menjawab persoalan tersebut. Sebelum kami membuat SATU
Pengajaran meggunakan Pendekatan berasaskan Projek bersama dengan kanak-kanak
berumur 6 Tahun. Kami akan memberitahu sedikit tentang apa itu pendekatan secara
terperinci. Pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran itu
diajarkan untuk mencapai objektifnya. Setiap pendekatan hendaklah mencerminkan
satu pandangan atau pendapat tentang hakikat satu matlamat pelajaran. Hal ini
bertujuan untuk memudahkan murid menerima dan memahami isi pelajaran yang
disampaikan oleh guru. Dengan adanya pendekatan, guru dapat membuat tanggapan
asas yang akan dijadikan prinsip. Kita mempelajari sesuatu situasi itu secara
keseluruhan dan kemudian memperinci elemen-elemen situasi satu pandangan atau
sebagai teori pembelajaran, maka kita boleh menjadikannya sebagai satu
pendekatan dalam sesuatu pengajaran. Ini membawa maksud sesuatu pengajaran itu
harus dimulakan dengan mengamati keseluruhannya terlebih dahulu dan kemudian
dikaji bahagian-bahagiannya.
Manakala pendekatan projek
menekankan penyelidikan dan penerokaan berdasarkan inisiatif kanak-kanak
dalam pembelajaran.Kemahiran dan konsep yang akan dikuasai oleh kanak-kanak
adalah pembinaan pengetahuan dan pengalaman pembelajaran.Pembelajaran kemahiran
yang diperolehimenerusi pengetahuan yang dibina oleh kanak-kanak adalah
mengikut inisiatif dan minatkanak-kanak.Kanak-kanak membina pengetahuan
menerusi penyelesaian masalah yang perlu menerusi pengalaman.
Oleh hal yang demikian, kami seramai
7-8 orang dalam kumpulan akan membuat dan menunjukkan SATU Pengajaran
meggunakan Pendekatan berasaskan Projek bersama dengan kanak-kanak berumur 6
Tahun serta menyediakan SATU LAPORAN
dalam bentuk BLOG bagi menjawab persoalan tersebut.
0 comments:
Post a Comment