1. Kurang Kemahiran/Pengalaman
Jika
dilihat secara lebih dekat serta menggunakan pengamatan yang lebih teliti,
projek yang kami laksanakan ini boleh dikatakan hasilnya terlihat seperti kurang
dalam aspek kekemasan. Hal ini berlaku kerana kurangnya pengalaman serta
kemahiran dalam proses tertentu sepanjang kami melaksanakan projek ini telah
menyebabkan projek sistem suria kami ini kelihatan kurang menarik. Bukan itu
sahaja, faktor lain seperti kesilapan teknikal yang telah dilakukan
sedikit-sebanyak mengubah rupa bentuk planet kami daripada yang diharapkan. Sebagai
contoh, semasa proses menampalkan kertas pada belon itu kami mendapati bahawa
terdapat belon yang telah ditampal mula mengecut sehinggakan hal ini telah
membuatkan belon itu kehilangan bentuk sfera atau bulat yang disebabkan oleh
ikatan belon tersebut yang longgar dan perbezaan ketara dapat dilihat dengan
jelas jika dilihat dengan betul serta lebih dekat.
2.
Kos Peralatan Yang Banyak
Bagi
menyiapkan projek sistem suria ini, kami telah menggunakan kos yang cukup banyak
untuk memastikan segala kelengkapan serta keperluan peralatan bagi projek ini
mencukupi agar projek sistem suria ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Bahan-bahan
yang diperlukan untuk menyiapkan projek ini adalah kami perlu menyediakan
peralatan seperti kotak bersaiz besar, belon, lampu led, serta surat khabar.
Namun peralatan yang paling penting agar projek kami ini terlihat seperti
sebuah planet adalah peralatan warna air yang dimana kami perlu mewarnakan
belon yang telah ditampal mengikut warna sebenar akan planet di alam semesta
kita. Contohnya, peralatan warna yang kami gunapakai adalah warna air Buncho
dan ia sememangnya sebuah jenis warna air yang mempunyai kualitinya tersendiri
serta harganya juga jauh lebih mahal berbanding jenis warna air yang lain dan
untuk menyiapkan projek ini kami terpaksa membeli warna Buncho sehingga 4 buah
warna air jenama Buncho.
3.
Saiz yang terlalu besar
Projek
sistem suria yang telah kami laksanakan ini, disimpan di dalam sebuah kotak
bersaiz besar sehinggakan sedikit sebanyak menyukarkan kami untuk membawanya
pergi dari satu tempat ke satu tempat yang lain serta untuk membawa projek
sistem suria yang kami letak di dalam kotak kami perlu menggunakan tenaga 2
orang rakan kami untuk mengangkatnya bagi memastikan bahawa kotak tersebut
berada dalam keadaan stabil. Misalnya, kotak yang kami gunakan merupakan bekas
kotak mesin basuh yang dimana ruangan besar dalam kotak tersebut telah diisi
dengan pelbagai jenis replika planet yang kami ciptakan tersendiri maka oleh
yang demikian kami memerlukan 2 orang rakan kami untuk membawanya yang dimana
masing-masing rakan kami itu terpaksa memegang hujung kedua-dua belah kotak
tersebut bagi memastikan planet dalam kotak itu tidak terkeluar atau terjatuh.
4.
Bahan projek yang mudah rosak
Melihat
kepada perkara aspek keutuhan dan ketahanan projek pula, peralatan yang kami
gunapakai ini sememangnya peralatan yang mudah rosak serta boleh menyebabkan
projek itu terpaksa perlu diperbaiki semula jika sekiranya berlaku sedikit
kesilapan yang menyebabkan projek sistem suria ini rosak. Hal ini dikatakan
sedemikian, kerana peralatan yang kami gunakan ini mempunyai kelemahannya
tersendiri iaitu tidak tahan dengan air serta tekanan yang berlebihan mampu
membuatkan kotak projek sistem suria ini rosak. Sebagai contoh, bahan seperti
kotak yang kami gunakan ini sememangnya bukan kalis air dan kotak akan menjadi
lembik jika dibasahi dengan air yang kuantitinya
sangat banyak serta planet yang kami ciptakan itu pula diperbuat daripada belon
yang disaluti kertas yang sememangnya mudah pecah jika sekiranya terkena
hentakkan yang kuat pada belon tersebut.