Sunday, October 2, 2022

5.0 Kelebihan Projek


1. Dapat menambah pengetahuan kanak-kanak tentang sistem suria
  Guru dapat mengajar kanak-kanak jenis-jenis planet dalam bentuk model. Hal ini akan menambah pengetahuan kanak-kanak untuk mengetahui nama-nama dan bentuk planet tersebut. Contohnya, melalui model planet tersebut guru dapat menggambarkan bentuk bumi kita dalam skala yang kecil. 

2. Dapat mempelajari nilai kerjasama 

Selain itu,  melalui projek ini juga, kanak-kanak dapat mempelajari nilai kerjasama di mana apabila guru memberi tugasan untuk membuat kembali model sistem suria mengikut kreativiti kumpulan, mereka dapat berkerjasama dan berusaha untuk menghasilkan model planet berdasarkan imaginasi serta pengetahuan yang diperolehi daripada projek sistem suria tersebut. 

3. Mampu meningkatkan perkembangan emosi kanak-kanak

Di samping itu, kanak-kanak juga dapat meningkatkan perkembangan emosi mereka. Hal ini demikian kerana projek sistem suria bukan sahaja dapat menarik minat kanak-kanak untuk mengikuti pembelajaran yang dilakukan oleh guru malah mereka juga akan merasa seronok dan gembira apabila melihat sesuatu yang unik seperti lampu-lampu yang ada pada model sistem suria tersebut akan membuat kanak-kanak merasa kagum apabila melihat model sistem suria tersebut. 

4. Mampu meningkatkan perkembangan sosial kanak-kanak

Tambahan lagi, kanak-kanak juga dapat mempertingkatkan perkembangan sosial mereka dengan interaksi di antara guru serta rakan-rakan mereka mengenai sistem suria. Sebagai contoh, kanak-kanak akan membuat soal jawab dengan guru tentang planet-planet kerana perasaan ingin tahu mereka yang tinggi untuk mempelajari sesuatu perkara yang baru. Pada masa yang sama, mereka juga dapat berinteraksi antara sesama mereka dan itu secara tidak langsung dapat membantu kanak-kanak untuk lebih berkeyakinan untuk menyatakan idea atau pendapat mereka sendiri. 

0 comments:

Post a Comment