Sunday, October 2, 2022

3.0 Cara Pelaksanaan Projek Bahagian 1 (Minggu 1 hingga Minggu 4)

 Minggu 1 


Pada minggu yang pertama, kami sekumpulan mengadakan perjumpaan untuk membincangkan mengenai tugasan yang diberikan ini untuk memilih dan menentukan projek apa yang akan kami lakukan dalam menyiapkan tugasan kumpulan dalam subjek KPE 530 ini.

Minggu 2


Pada minggu yang kedua ini, kami mencari dan menyediakan bahan-bahan yang kami perlukan untuk membuat projek sistem suria kami ini iaitu membeli warna air, belon, berus warna dan juga gam air. 


Minggu 3

Pada minggu yang seterusnya, kami sekumpulan berkumpul di Astaka Padang Keningau untuk memulakan projek sistem suria kami.

Langkah pertama:


Kami mengumpulkan bahan-bahan yang akan kami gunakan dalam membuat projek sistem suria kami ini. Antara bahan-bahan yang kami gunakan untuk membuat projek sistem suria kami ini adalah sebuah kotak besar, warna air, berus warna, kertas terpakai atau surat khabar, gunting, pisau, belon, gam air dan marker pen dan lampu LED.


Langkah kedua:

Proses memotong kotak dilakukan oleh Nazwa Ayu dengan Azlan untuk dijadikan galaksi atau tempat untuk model planet sistem suria. Dan seterusnya adalah proses mewarnakan dalaman kotak tersebut.

Langkah ketiga:

Sementara itu, kami menggunakan belon untuk membuat model planet kami. Kami meniup belon tersebut dengan saiz yang berlainan dan kemudian menampalkan kertas yang telah dikoyakkan pada luaran belon dengan menggunakan gam dan seterusnya kami menunggu belon atau model planet kami itu kering dengan sendiri.

   Sebelum dan selepas belon ditiup, ditampal dan kering.


Langkah keempat:

Setelah dalam kotak tersebut siap diwarnakan, rakan kami Carlos, Azlan dan juga Khairul melekatkan lampu LED di dalam kotak tersebut. 


Minggu 4

Pada minggu yang keempat, Nicole dan Luccinda mendapati model planet yang telah kami siapkan pada minggu yang ketiga semakin mengempis. Oleh hal yang demikian, mereka berpendapat untuk membuat  kembali model-model planet yang telah rosak atau kempis tersebut. 


Dalam membuat model planet yang baru, kami menggunakan tepung sebagai gam untuk menampal surat khabar pada belon tersebut supaya surat khabar tersebut cepat melekat pada belon dan kami keringkan model planet tersebut dengan menggunakan pengering rambut.



0 comments:

Post a Comment