Minggu 5
Dalam minggu ke 5, kami sekumpulan
bersepakat untuk berjumpa di Astaka Padang Bandaran untuk melakukan proses
mewarna model planet yang telah kami hasilkan melalui proses meniup belon dan menampal
serpihan-serpihan kertas pada permukaan belon. Tetapi sebelum memulakan proses
mewarna, kami mengumpul maklumat seperti mencari gambar-gambar planet di
internet bagi memudahkan proses mewarna serta memastikan warna pada model
planet adalah tepat berdasarkan kepada rujukan yang kami telah perolehi
daripada sumber internet.
Minggu 6
Setelah kami selesai
mengecat kesemua model-model planet untuk projek sistem suria, proses yang berikutnya
ialah proses mewarnakan luaran kotak yang merupakan simbol kepada galaksi
ataupun alam semesta. Tujuan untuk mewarnakan luaran kotak ini ialah untuk
memastikan projek yang kami lakukan ini kelihatan kemas, rapi dan dapat menarik
perhatian kanak-kanak melalui warna-warna yang seakan-akan warna alam semesta
serta gambar-gambar yang menarik. Untuk proses ini, saya iaitu Luccinda telah menyediakan
warna poster, berus cat dan span sebagai bahan utama untuk mengecat keseluruhan
permukaan luaran kotak. Setelah itu, saya juga menampal beberapa gambar kartun
angkasawan dan bulan untuk memberikan efek yang lebih menarik kepada projek
sistem suria ini.
Minggu 7
Pada minggu ke 7
merupakan minggu di mana kami sekumpulan akhirnya melaksanakan proses
menyangkutkan model-model planet ke dalam kotak yang merupakan simbol kepada
model alam semesta untuk projek sistem suria ini. Untuk memulakan proses ini,
kami terlebih dahulu memastikan kedudukan setiap planet yang bermula dengan
planet yang paling dekat dengan matahari dan yang akhir sekali planet yang
paling luar dengan membuat rujukan melalui sumber internet. Untuk proses menggantung
model planet-planet pula pada siling kotak, kami menggunakan bahan seperti tali
tangsi dan pencucuk gigi untuk menyempurnakan proses tersebut. Untuk proses
menggantung, kami menggunakan pencucuk gigi dan mencucuknya pada Siling kotak
lalu mengikat tali tangsi yang telah diikatkan terlebih dahulu pada belon dan mengubahsuai
suai setiap kedudukan model planet mengikut urutan mereka pada sistem suria.
Minggu 8
Proses mengunting perkataan-perkataan yang hendak ditampal pada kotak projek.
Menampal perkataan "Sistem Suria" pada kotak projek.
Membuat kemasan seperti mengunting tali tangsi yang berlebihan.
Menampal senarai nama ahli kumpulan dan tajuk kursus pada kotak projek.
Menampal Quote pada sebelah kanak kotak projek.
Menampal nama-nama planet pada model planet.
Pada minggu terakhir iaitu minggu ke 8, setelah model planet dan alam semesta siap diwarnakan dan digantungkan, proses yang terakhir ialah menambah beberapa butiran ataupun the finishing touch pada projek sistem suria dan membuat kemasan seperti meletakkan tajuk “sistem suria”, nama-nama setiap planet, memotong lebihan tali tangsi, menambah logo kolej serta nama-nama ahli kumpulan pada kedua-dua belah tepi luaran kotak agar projek dapat disiapkan dengan sepenuhnya mengikut perancangan yang kami telah lakukan pada awalnya. Dengan itu, projek sistem suria yang kumpulan kami telah pilih untuk memenuhi kriteria tugasan kumpulan Project Based Approach Early childhood telahpun selesai.
0 comments:
Post a Comment