Tuesday, October 4, 2022

9.0 Rujukan

Jabatan Mufti Negeri Kelantan. (n.d.) Sistem Suria. Dimuat turun pada 16 September 2022 dari https://www.muftikelantan.gov.my/index.php/component/content/article/sistem-suria?catid=15&Itemid=101


So Salyo. (2018). How To Make Paper Mache Planets - 3D Solar System Crafts for Kids. Dimuat turun pada 02 September 2022 dari https://www.youtube.com/watch?v=M7iokGsaYus&t=2s


Wikiwand. (n.d.) Sistem Suria. Dimuat turun pada 14 September 2022 dari https://www.wikiwand.com/ms/Sistem_Suria

Monday, October 3, 2022

Sunday, October 2, 2022

7.0 Kesimpulan

    

    Secara keseluruhannya,  projek sains planet yang kami bina amat bersesuaian dengan kanak-kanak yang berumur 6 tahun dalam tugasan ini. Melalui projek ini, kanak-kanak dapat meningkatkan ilmu pengetahuan sains. Ilmu pengetahuan sains ini akan kanak-kanak pelajari di mana mereka belajar mengenai sistem suria. Misalnya dalam projek kami, mereka mempelajari sistem suria yang terdiri daripada matahari dan lapan planet iaitu Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun. 

    Di samping itu, kanak-kanak juga dapat mempelajari susunan planet yang ada di sistem suria atau di Galaksi Bima Sakti di mana tempat hidupan kita berada. Tambahan juga, projek ini mengajar kanak-kanak bahawa planet bumi berputar di atas paksinya dan pada masa yang sama beredar mengelilingi matahari mengikut orbitnya dengan tepat. Kanak-kanak juga akan dapat melihat secara terus dengan projek sains planet di mana mereka tidak lagi perlu berimaginasi untuk membayangkan bentuk dan rupa sesuatu planet akan tetapi dapat melihat secara langsung, saiz setiap planet yang berbeza dan juga menarik. 

    Perkembangan kognitif, sosial dan emosi juga akan meningkat. Ini kerana mereka sudah mengetahui setiap nama planet, saiz, bentuk, dan warna setiap planet terutamanya planet Bumi tempat tinggal sekarang ini. Bagi perkembangan sosial pula adalah kanak-kanak dapat berinteraksi dengan guru dan rakan-rakan lain dan bertanya soalan kepada guru selain yang mereka lihat secara langsung dan perkembangan emosi pula adalah mereka seronok serta projek tersebut menarik perhatian mereka. Oleh itu, jelaslah bahawa pendekatan projek sains ini sesuai untuk kanak-kanak dan mampu menarik perhatian pembelajaran mereka.

6.0 Kelemahan Projek

1. Kurang Kemahiran/Pengalaman 

Jika dilihat secara lebih dekat serta menggunakan pengamatan yang lebih teliti, projek yang kami laksanakan ini boleh dikatakan hasilnya terlihat seperti kurang dalam aspek kekemasan. Hal ini berlaku kerana kurangnya pengalaman serta kemahiran dalam proses tertentu sepanjang kami melaksanakan projek ini telah menyebabkan projek sistem suria kami ini kelihatan kurang menarik. Bukan itu sahaja, faktor lain seperti kesilapan teknikal yang telah dilakukan sedikit-sebanyak mengubah rupa bentuk planet kami daripada yang diharapkan. Sebagai contoh, semasa proses menampalkan kertas pada belon itu kami mendapati bahawa terdapat belon yang telah ditampal mula mengecut sehinggakan hal ini telah membuatkan belon itu kehilangan bentuk sfera atau bulat yang disebabkan oleh ikatan belon tersebut yang longgar dan perbezaan ketara dapat dilihat dengan jelas jika dilihat dengan betul serta lebih dekat.

 

2. Kos Peralatan Yang Banyak

Bagi menyiapkan projek sistem suria ini, kami telah menggunakan kos yang cukup banyak untuk memastikan segala kelengkapan serta keperluan peralatan bagi projek ini mencukupi agar projek sistem suria ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Bahan-bahan yang diperlukan untuk menyiapkan projek ini adalah kami perlu menyediakan peralatan seperti kotak bersaiz besar, belon, lampu led, serta surat khabar. Namun peralatan yang paling penting agar projek kami ini terlihat seperti sebuah planet adalah peralatan warna air yang dimana kami perlu mewarnakan belon yang telah ditampal mengikut warna sebenar akan planet di alam semesta kita. Contohnya, peralatan warna yang kami gunapakai adalah warna air Buncho dan ia sememangnya sebuah jenis warna air yang mempunyai kualitinya tersendiri serta harganya juga jauh lebih mahal berbanding jenis warna air yang lain dan untuk menyiapkan projek ini kami terpaksa membeli warna Buncho sehingga 4 buah warna air jenama Buncho.

 

 3. Saiz yang terlalu besar

Projek sistem suria yang telah kami laksanakan ini, disimpan di dalam sebuah kotak bersaiz besar sehinggakan sedikit sebanyak menyukarkan kami untuk membawanya pergi dari satu tempat ke satu tempat yang lain serta untuk membawa projek sistem suria yang kami letak di dalam kotak kami perlu menggunakan tenaga 2 orang rakan kami untuk mengangkatnya bagi memastikan bahawa kotak tersebut berada dalam keadaan stabil. Misalnya, kotak yang kami gunakan merupakan bekas kotak mesin basuh yang dimana ruangan besar dalam kotak tersebut telah diisi dengan pelbagai jenis replika planet yang kami ciptakan tersendiri maka oleh yang demikian kami memerlukan 2 orang rakan kami untuk membawanya yang dimana masing-masing rakan kami itu terpaksa memegang hujung kedua-dua belah kotak tersebut bagi memastikan planet dalam kotak itu tidak terkeluar atau terjatuh.

 

4. Bahan projek yang mudah rosak

Melihat kepada perkara aspek keutuhan dan ketahanan projek pula, peralatan yang kami gunapakai ini sememangnya peralatan yang mudah rosak serta boleh menyebabkan projek itu terpaksa perlu diperbaiki semula jika sekiranya berlaku sedikit kesilapan yang menyebabkan projek sistem suria ini rosak. Hal ini dikatakan sedemikian, kerana peralatan yang kami gunakan ini mempunyai kelemahannya tersendiri iaitu tidak tahan dengan air serta tekanan yang berlebihan mampu membuatkan kotak projek sistem suria ini rosak. Sebagai contoh, bahan seperti kotak yang kami gunakan ini sememangnya bukan kalis air dan kotak akan menjadi lembik jika dibasahi dengan air yang  kuantitinya sangat banyak serta planet yang kami ciptakan itu pula diperbuat daripada belon yang disaluti kertas yang sememangnya mudah pecah jika sekiranya terkena hentakkan yang kuat pada belon tersebut.

5.0 Kelebihan Projek


1. Dapat menambah pengetahuan kanak-kanak tentang sistem suria
  Guru dapat mengajar kanak-kanak jenis-jenis planet dalam bentuk model. Hal ini akan menambah pengetahuan kanak-kanak untuk mengetahui nama-nama dan bentuk planet tersebut. Contohnya, melalui model planet tersebut guru dapat menggambarkan bentuk bumi kita dalam skala yang kecil. 

2. Dapat mempelajari nilai kerjasama 

Selain itu,  melalui projek ini juga, kanak-kanak dapat mempelajari nilai kerjasama di mana apabila guru memberi tugasan untuk membuat kembali model sistem suria mengikut kreativiti kumpulan, mereka dapat berkerjasama dan berusaha untuk menghasilkan model planet berdasarkan imaginasi serta pengetahuan yang diperolehi daripada projek sistem suria tersebut. 

3. Mampu meningkatkan perkembangan emosi kanak-kanak

Di samping itu, kanak-kanak juga dapat meningkatkan perkembangan emosi mereka. Hal ini demikian kerana projek sistem suria bukan sahaja dapat menarik minat kanak-kanak untuk mengikuti pembelajaran yang dilakukan oleh guru malah mereka juga akan merasa seronok dan gembira apabila melihat sesuatu yang unik seperti lampu-lampu yang ada pada model sistem suria tersebut akan membuat kanak-kanak merasa kagum apabila melihat model sistem suria tersebut. 

4. Mampu meningkatkan perkembangan sosial kanak-kanak

Tambahan lagi, kanak-kanak juga dapat mempertingkatkan perkembangan sosial mereka dengan interaksi di antara guru serta rakan-rakan mereka mengenai sistem suria. Sebagai contoh, kanak-kanak akan membuat soal jawab dengan guru tentang planet-planet kerana perasaan ingin tahu mereka yang tinggi untuk mempelajari sesuatu perkara yang baru. Pada masa yang sama, mereka juga dapat berinteraksi antara sesama mereka dan itu secara tidak langsung dapat membantu kanak-kanak untuk lebih berkeyakinan untuk menyatakan idea atau pendapat mereka sendiri. 

4.0 Cara Pelaksanaan Projek Bahagian 2 (Minggu 5 hingga Minggu 8)

 Minggu 5


Dalam minggu ke 5, kami sekumpulan bersepakat untuk berjumpa di Astaka Padang Bandaran untuk melakukan proses mewarna model planet yang telah kami hasilkan melalui proses meniup belon dan menampal serpihan-serpihan kertas pada permukaan belon. Tetapi sebelum memulakan proses mewarna, kami mengumpul maklumat seperti mencari gambar-gambar planet di internet bagi memudahkan proses mewarna serta memastikan warna pada model planet adalah tepat berdasarkan kepada rujukan yang kami telah perolehi daripada sumber internet. 


Minggu 6





Setelah kami selesai mengecat kesemua model-model planet untuk projek sistem suria, proses yang berikutnya ialah proses mewarnakan luaran kotak yang merupakan simbol kepada galaksi ataupun alam semesta. Tujuan untuk mewarnakan luaran kotak ini ialah untuk memastikan projek yang kami lakukan ini kelihatan kemas, rapi dan dapat menarik perhatian kanak-kanak melalui warna-warna yang seakan-akan warna alam semesta serta gambar-gambar yang menarik. Untuk proses ini, saya iaitu Luccinda telah menyediakan warna poster, berus cat dan span sebagai bahan utama untuk mengecat keseluruhan permukaan luaran kotak. Setelah itu, saya juga menampal beberapa gambar kartun angkasawan dan bulan untuk memberikan efek yang lebih menarik kepada projek sistem suria ini. 



Minggu 7




Pada minggu ke 7 merupakan minggu di mana kami sekumpulan akhirnya melaksanakan proses menyangkutkan model-model planet ke dalam kotak yang merupakan simbol kepada model alam semesta untuk projek sistem suria ini. Untuk memulakan proses ini, kami terlebih dahulu memastikan kedudukan setiap planet yang bermula dengan planet yang paling dekat dengan matahari dan yang akhir sekali planet yang paling luar dengan membuat rujukan melalui sumber internet. Untuk proses menggantung model planet-planet pula pada siling kotak, kami menggunakan bahan seperti tali tangsi dan pencucuk gigi untuk menyempurnakan proses tersebut. Untuk proses menggantung, kami menggunakan pencucuk gigi dan mencucuknya pada Siling kotak lalu mengikat tali tangsi yang telah diikatkan terlebih dahulu pada belon dan mengubahsuai suai setiap kedudukan model planet mengikut urutan mereka pada sistem suria. 



Minggu 8 

Proses mengunting perkataan-perkataan yang hendak ditampal pada kotak projek.
Menampal perkataan "Sistem Suria" pada kotak projek.
Membuat kemasan seperti mengunting tali tangsi yang berlebihan.
Menampal senarai nama ahli kumpulan dan tajuk kursus pada kotak projek.
Menampal Quote pada sebelah kanak kotak projek.

Menampal nama-nama planet pada model planet. 

Pada minggu terakhir iaitu minggu ke 8, setelah model planet dan alam semesta siap diwarnakan dan digantungkan, proses yang terakhir ialah menambah beberapa butiran ataupun the finishing touch pada projek sistem suria dan membuat kemasan seperti meletakkan tajuk “sistem suria”, nama-nama setiap planet, memotong lebihan tali tangsi, menambah logo kolej serta nama-nama ahli kumpulan pada kedua-dua belah tepi luaran kotak agar projek dapat disiapkan dengan sepenuhnya mengikut perancangan yang kami telah lakukan pada awalnya. Dengan itu, projek sistem  suria yang kumpulan kami telah pilih untuk memenuhi kriteria tugasan kumpulan Project Based Approach Early childhood telahpun selesai. 

3.0 Cara Pelaksanaan Projek Bahagian 1 (Minggu 1 hingga Minggu 4)

 Minggu 1 


Pada minggu yang pertama, kami sekumpulan mengadakan perjumpaan untuk membincangkan mengenai tugasan yang diberikan ini untuk memilih dan menentukan projek apa yang akan kami lakukan dalam menyiapkan tugasan kumpulan dalam subjek KPE 530 ini.

Minggu 2


Pada minggu yang kedua ini, kami mencari dan menyediakan bahan-bahan yang kami perlukan untuk membuat projek sistem suria kami ini iaitu membeli warna air, belon, berus warna dan juga gam air. 


Minggu 3

Pada minggu yang seterusnya, kami sekumpulan berkumpul di Astaka Padang Keningau untuk memulakan projek sistem suria kami.

Langkah pertama:


Kami mengumpulkan bahan-bahan yang akan kami gunakan dalam membuat projek sistem suria kami ini. Antara bahan-bahan yang kami gunakan untuk membuat projek sistem suria kami ini adalah sebuah kotak besar, warna air, berus warna, kertas terpakai atau surat khabar, gunting, pisau, belon, gam air dan marker pen dan lampu LED.


Langkah kedua:

Proses memotong kotak dilakukan oleh Nazwa Ayu dengan Azlan untuk dijadikan galaksi atau tempat untuk model planet sistem suria. Dan seterusnya adalah proses mewarnakan dalaman kotak tersebut.

Langkah ketiga:

Sementara itu, kami menggunakan belon untuk membuat model planet kami. Kami meniup belon tersebut dengan saiz yang berlainan dan kemudian menampalkan kertas yang telah dikoyakkan pada luaran belon dengan menggunakan gam dan seterusnya kami menunggu belon atau model planet kami itu kering dengan sendiri.

   Sebelum dan selepas belon ditiup, ditampal dan kering.


Langkah keempat:

Setelah dalam kotak tersebut siap diwarnakan, rakan kami Carlos, Azlan dan juga Khairul melekatkan lampu LED di dalam kotak tersebut. 


Minggu 4

Pada minggu yang keempat, Nicole dan Luccinda mendapati model planet yang telah kami siapkan pada minggu yang ketiga semakin mengempis. Oleh hal yang demikian, mereka berpendapat untuk membuat  kembali model-model planet yang telah rosak atau kempis tersebut. 


Dalam membuat model planet yang baru, kami menggunakan tepung sebagai gam untuk menampal surat khabar pada belon tersebut supaya surat khabar tersebut cepat melekat pada belon dan kami keringkan model planet tersebut dengan menggunakan pengering rambut.



Tuesday, September 27, 2022

2.0 Mengenai Projek Kami

    

    Seperti yang kita tahu, pendekatan projek menekankan penyelidikan dan penerokaan berdasarkan inisiatif kanak-kanak di dalam pembelajaran. Kaedah pendekatan projek in amat sesuai diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi memberikan pendedahan kepada kanak-kanak tentang sesuatu perkara khususnya dengan bidang sains (awal). Selain itu, teras pada pendekatan ini dipengaruhi oleh teori konstruktivisme dan kanak-kanak dapat membina pengetahuan menerusi penyelesaian masalah yang perlu menerusi pengalaman. Berkait dengan tugasan kumpulan yang diberikan pada semester kali ini, kami diminta untuk menghasilkan satu projek yang boleh digunapakai oleh guru-guru dalam mendidik murid yang berumur 6 tahun dengan mengaplikasikan kaedah pengajaran berasaskan projek ini. Dengan ini, kami telah memilih projek planet-planet dalam sistem suria bag menyelesaikan tugasan ini. Projek yang kami pilih ini dihasilkan untuk memberikan pengalaman dan pembelajaran yang mampu untuk difahami oleh kanak-kanak dengan lebih mudah.

    Untuk menghasilkan projek yang telah kami pilih, kami menggunakan beberapa bahan dan alat. Antara bahan asas yang kami gunakan adalah kotak yang bersaiz sederhana, belon, kertas terpakai, tali, dan lampu LED. Bagi alat yang kami gunakan pula adalah aunting, gam kertas, warna air, dan berus warna. Melalui projek yang kami hasilkan, kanak-kanak dapat mengenali nama-nama planet yang terdapat dalam sistem suria. Dengan menggunakan pendekatan berasaskan projek seperti ini, kanak-kanak akan lebih mudah untuk memahami pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Tambahan lagi, kanak-kanak sememangnya menyukai dan tertarik dengan proses pengajaran yang dilaksanakan dengan bahan atau lebih dikenal sebagai alat bantu mengajar seperti ini. Bukan itu sahaja, kanak-kanak akan turut mengetahui susunan planet dengan betul. Dalam hal ini, bukan hanya kanak-kanak yang akan mendapat faedahnya tetapi juga guru. Lagi pula, bahan yang diperlukan dalam menghasilkan projek ini tidak memerlukan kos yang tinggi dan lebih banyak menggunakan bahan-bahan terpakai atau kitar semula. 

    Sememangnya, pengajaran berasaskan projek ini wajar digunakan oleh guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid-murid khusunya dalam pendidikan awal. Sekiranva, guru hanya meneranekan secara lisan mengenai sesuatu khususnya dalam menyampaikan pelajaran sains awal kepada kanak-kanak, mereka yang mempunyai tahap, imaginasi yang rendah tidak akan dapat mencapai objektif pembelairan yang disampaikan. Lebih-lebih lag, sudah saatnya guru sebagai pembimbing dan pembentuk generasi akan datang mengubah cara pengajaran dengan lebih kreatif untuk memberikan khidmat yang terbaik agar dan berkesan. Perkara in secara tidak langsung akan mengubah tahap pengetahuan masyarakat di Malaysia yang akan membolehkan negara duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain.

1.0 Pengenalan

          

        Berdasarkan tugasan kumpulan yang diberikan oleh Ms.Rosmaliah Binti Jamain, kami seramai 7-8 orang dalam kumpulan diminta untuk membuat SATU Pengajaran meggunakan Pendekatan berasaskan Projek bersama dengan kanak-kanak berumur 6 Tahun. Kami juga dikehendaki untuk menyediakan SATU LAPORAN dalam bentuk BLOG bagi menjawab persoalan tersebut. Sebelum kami membuat SATU Pengajaran meggunakan Pendekatan berasaskan Projek bersama dengan kanak-kanak berumur 6 Tahun. Kami akan memberitahu sedikit tentang apa itu pendekatan secara terperinci. Pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran itu diajarkan untuk mencapai objektifnya. Setiap pendekatan hendaklah mencerminkan satu pandangan atau pendapat tentang hakikat satu matlamat pelajaran. Hal ini bertujuan untuk memudahkan murid menerima dan memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Dengan adanya pendekatan, guru dapat membuat tanggapan asas yang akan dijadikan prinsip. Kita mempelajari sesuatu situasi itu secara keseluruhan dan kemudian memperinci elemen-elemen situasi satu pandangan atau sebagai teori pembelajaran, maka kita boleh menjadikannya sebagai satu pendekatan dalam sesuatu pengajaran. Ini membawa maksud sesuatu pengajaran itu harus dimulakan dengan mengamati keseluruhannya terlebih dahulu dan kemudian dikaji bahagian-bahagiannya.

           Manakala pendekatan projek menekankan penyelidikan dan penerokaan berdasarkan inisiatif kanak-kanak dalam pembelajaran.Kemahiran dan konsep yang akan dikuasai oleh kanak-kanak adalah pembinaan pengetahuan dan pengalaman pembelajaran.Pembelajaran kemahiran yang diperolehimenerusi pengetahuan yang dibina oleh kanak-kanak adalah mengikut inisiatif dan minatkanak-kanak.Kanak-kanak membina pengetahuan menerusi penyelesaian masalah yang perlu menerusi pengalaman.

           Oleh hal yang demikian, kami seramai 7-8 orang dalam kumpulan akan membuat dan menunjukkan SATU Pengajaran meggunakan Pendekatan berasaskan Projek bersama dengan kanak-kanak berumur 6 Tahun serta  menyediakan SATU LAPORAN dalam bentuk BLOG bagi menjawab persoalan tersebut.

Monday, September 26, 2022

About Us

 


Hello! Selamat datang ke blog kami! Blog ini didirikan dengan tujuan untuk memenuhi kehendak soalan dalam tugasan kumpulan Project Based Approach Early Chidlhood KPE 530 iaitu membuat pembentangan hasil projek dengan menggunakan platform blogger. Kumpulan kami terdiri daripada 8 orang pelajar Semester 5 dari Kolej Geomatika Keningau, Sabah. 

Senarai Nama Ahli Kumpulan:

1. Luccinda Evv Steven

2. Nicole Nivea Fred

3. Dayang Nur Azwa binti Jaafar

4. Nazwa Ayu binti Azman

5. Carlos Jibrah

6. Mohd.Azlan bin Jooh

7. Mohd.Khairul Ikhwan 

8. Kent Hyden Hoslik